Belina Shop

Masuk Pakatan Rakyat xperlu berjasa, merusuh/mengkritik dah hidup senang

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan tindakan Datuk Zaid Ibrahim, mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai merendah-rendahkan kewibawaan politik pemimpin veteran Umno itu.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, Tengku Razaleigh adalah pejuang Umno dan antara pengasas parti itu.

"Walaupun tidak memegang jawatan dalam parti, beliau bekerja keras ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai.

"Saya fikir dia (Zaid) kena hormat. Kalau dia masuk PKR, orang lain tak payahlah dijemput," katanya selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia Ke-15 dan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia Ke-27 di sini, semalam.

Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yakin Tengku Razaleigh sebagai pemimpin Umno berpengalaman tidak akan termakan tawaran Zaid.

KELAMBU HARIMAU

"Orang yang mengejar kekayaan dan kesenangan bolehlah masuk PKR..tak perlu buat jasa dan bakti.merusuh dan mengkritik sudah cukup boleh buat hidup senang lenang."

Kematian Beng Hock Ada Unsur Jenayah

Petikan dari blog kamalfarsya : Keluarga Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian anak lelaki mereka kerana yakin ia ada kaitan unsur jenayah.

Bapa Teoh, Teoh Leng Hui, 60, dan isterinya, Cheong Siew Hua, 56, menyampaikan hasrat mereka itu kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dr Oh Ei Sun, yang mewakili Datuk Seri Najib Razak untuk menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang di kediamannya di Taman Sri Kelemak, Kelemak, dekat sini, semalam.
Leng Hui berkata, mereka tidak percaya kematian anak mereka di koridor Tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam, kira-kira 1.30 tengah hari Khamis lalu, akibat bunuh diri seperti didakwa.

"Kami percaya Teoh mati bukan kerana bunuh diri, sebaliknya dianiayai pihak lain. Sebab itu, kami mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor memberi penjelasan dan kerajaan juga patut menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat kejadian itu," katanya.

Teoh, 30, ditemui mati di tempat terbabit selepas kira-kira lapan jam memberi keterangan sebagai saksi kepada SPRM berhubung siasatan salah guna peruntukan wang kerajaan Selangor.

Mayat graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang pernah menjadi wartawan akhbar Sin Chew Daily cawangan Kajang selama tiga tahun dan anak keempat dari lima beradik itu dijadual dikebumikan di Taman Memorial Nirvana Semenyih, Selangor, jam 1.30 tengah hari ini.

Sementara itu, Dr Oh berkata, beliau diarahkan menziarahi keluarga Teoh sebagai mewakili Perdana Menteri yang ketika ini berada di Arab Saudi atas tugas rasmi kerajaan.

"Saya sudah sampaikan semua salam takziah Perdana Menteri kepada keluarga Teoh dan saya akan sampai hasrat Leng Hui mengenai penubuhan Suruhanjaya Diraja kepada Datuk Seri Najib. Saya percaya kerajaan akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini,'' katanya

Dalam pada itu, seorang ahli keluarga Teoh yang enggan dikenali memberitahu, pihaknya rela membenarkan peguam pihak pembangkang mengemukakan writ saman ke atas kerajaan sekiranya Suruhanjaya Diraja tidak ditubuhkan menyiasat kes berkenaan.

Pas dah terkena sumpahan daripada pengundi di Batang Ai

Pas yang masih pening dengan kemerosotan tahap gila H1N1 di Manek Urai mula mengeluarkan kenyataan yang merapu-rapu bagi mengaburi kelemahan mereka yang terdedah di Manek Urai.

Keupayaan mereka untuk membangunkan Negeri Kelantan amat mendukacitakan, oleh yang demikian, mereka cuba menangguk di air yang keruh ke atas BN yang menjanjikan pembangunan di Kelantan.

Husam yang terkial-kial menjawab soalan dari wartawan telah meminta agar BN membina jambatan seperti mana yang dijanjikan pada pilihanraya yang lalu kerana BN menang di kawasan ini.

Eh...sejak bila pilihanraya ni dikira kemenangannya mengikut kawasan satu-satu peti undi pulak? DS Anwar kata, "Menang sikit ka, menang banyak ka, menang tetap menang, BN KALAH, PAS MENANG".

Lagipun, tak payah nak ajar BN la suruh buat itu ini, tahu la apa yang patut dilakukan, orang dah berpengalaman berbakti pada satu Negara, bukan macam PAS di Kelantan, satu negeri pun kelam kabut memerintah...langsung tak ada

pembangunan...Manek Urai akan tetap menerima tempias pembangunan dari BN!
Bila dah diisytiharkan sebagai pemenang, buat la kerja, buat apa sibuk suruh musuh yang kalah nie buat kerja korang pulak...bodoh betul la..

http://pilihan-anda.blogspot.com


ANTIPKRSARAWAK: Kali ni Pas dah terkena sumpahan daripada pengundi di Batang Ai! Presiden Pas Hadi Awang pernah kata pengundi Batang Ai masih pakai cawat dan tak reti mengundi. Pengundi yang pakai elok pada kaca mata hati Hadi kononnya semuanya undi Pas.

Pasal apa pulak kali ni Pas menang dengan majoriti 65 jer???? Belum habis waktu mengundi Pas dah menyalak kata diorang akan menang dengan majoriti 2000 undi!!! Tapi hampeh!!!! Mana perginya ramai yang pakai "elok" kat Manek Urai, tak undi Pas lagi ke?

Tu lah, Hadi cakap besar, hina kami di Sarawak khususnya mereka yang tinggal di Batang Ai. "Padan muka Pas! Padan muka Hadi! Hina lagi kami di sini. Mari datang lagi di Batang Ai kalau mahu kena potong kepala!" Puuiiiittthh!!!

PAS Menang Dengan Maruah Tercalar Di Manik Urai

KUALA KRAI – Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 Manek Urai akan kembali sepi dan masyarakat tempatan menjalankan aktiviti seharian seperti sebelum berlangsungnya pilihan raya kecil manakala jentera parti yang datang dari luar kembali beransur-ansur ke tempat masing-masing.

Tentunya, sesuatu yang baru dapat dipelajari daripada berlangsungnya pilihan raya tersebut sama ada di pati BN dan PAS termasuklah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga.
Apa yang pasti, biarpun BN tewas, namun masih ada kemenangannya apabila jumlah undi yang diperoleh bertambah dan bagi PAS pula, biarpun menang tetapi amat memalukan kerana kawasan yang kononnya dikatakan sebagai lubuk dan kawasan sendiri mendapat majoriti yang amat rendah iaitu hanya sekadar 65 undi sahaja.

Simboliknya, kemenangan calon PAS, Fauzi Abdullah mempunyai makna tersendiri yang memalukan walaupun majoriti pemilih yang keluar mengundi tinggi tetapi, ironinya jumlah undi yang diperoleh calon PAS itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Jelas tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh PAS biarpun mendapat sokongan padu dari rakan sekutu termasuklah PKR dan DAP tetapi apa yang pasti mesej jelas telah dimaklumkan oleh rakyat tempatan kepada PAS.

Jelas membuktikan bahawa masyarakat tempatan menolak permainan sandiwara berterusan PAS dan sekutunya yang hanya suka menabur fitnah, mencaci maki dan melakukan provokasi sepertimana yang berlaku sepanjang tempoh berkempen di kawasan tersebut.
Bukan itu saja, sikap negatif PAS turut sama dibawa pada hari pengundian hinggakan mencetuskan kekecohan di kawasan mengundi Sekolah Kebangsaan Peria lalu mengakibatkan kecederaan jentera BN lantaran tindakan ganas ibarat manusia tidak bertamadun.

Bukan itu sahaja, tindakan pembangkang yang suka mencaci maki turut sama dilakukan kepada pemimpin negara apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin turut sama dilempar kata-kata kesat ketika melakukan lawatan ke kawasan pengundian.
Begitu juga ketika pengumuman keputusan diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin, tidak seperti selalunya, para penyokong PAS di dalam Dewan muran ekoran tercalarnya maruah lantas tiada sorakan dan laungan takbir kedengaran.

Namun demikian, ada di kalangan pemimpin PAS yang masih gagal menerima kenyataan lantas seperti biasa menunding jari ke arah pihak lain apabila Husam Musa menuduh UMNO kononnya menggunakan wang sebagai mainan hingga menyebabkan majority PAS merosot.

Sesungguhnya, apa yang boleh disimpulkan hasil daripada pelbagai situasi di Manek Urai, jelas bahawa masyarakat setempat enggan melayan kerenah sumbang para pemimpin yang dangkal dalam pentadbiran dan lebih mementingkan populariti berbanding tugas dan amanah sebenar.

Terbukti juga bahawa rakyat gagal diperalatkan oleh pakatan campuran waima PAS menggunakan agama sebagai bahan politiknya dan sandiwaranya.

Justeru, mesej yang jelas rakyat tidak terpedaya dengan dakyah dan provokasi pakatan campuran.

Diterbitkan di UMNO Online

Manek Urai: Alasan & Kiasan Nik Aziz untuk Raih Undi di Manek Urai

Itu hanya kiasan - Nik Aziz

KOTA BAHARU 26 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kenyataannya pada 21 Jun lepas mengaitkan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat hanyalah satu kiasan atau perumpamaan.

"Boleh jadi kerana saya kata nationalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi menjelaskan ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai apabila beliau menyamakan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan menyamakan UMNO sebagai mempunyai ideologi sosialis kerana menolak agama dan prinsip ketuhanan. – Bernama


Itu hanya Alasan - Nik Aziz

Komen Penulis…..

Sudah gee jangka kenyataan putar belit ini akan keluar jugak dari mulut Nik Aziz. Sebab itulah dari awal lagi gee huraikan dalam artikel “Antara PKM & PKMM” yg menghuraikan secara mendalam ttg perbezaan nasionalisme dan komunisme…..

Nasionalisme yg tidak sekular adalah semangat kebangsaan yg berjuang menentang penjajahan. Semangat yg tidak memisahkan agama dalam perjuangan. Semangat yg tidak pernah menghalang rakyat dari beramal dan beragama. Semangat yg memihak kepada Demokrasi. Bukan kah semua parti di dalam M’sia sekarang punyai semangat kebangsaan utk mempertahankan M’sia..Jadi tidak perlu timbul kononnya nasionalis dan komunis itu sama…ia berbeza sama sekali..apa butakah pemimpin PARTI ISLAM MALAYSIA ini ttg fakta dan sejarah.

Komunisme yg sekular, liberal dan lebih teruk dari itu adalah satu semangat menentang hanya utk menjadi ditektor kepada fahaman yg sama. Semangat yg menolak kepercayaan pada agama dan tuhan. Semangat yg menentang dan tidak menghormati demokrasi. Fahaman ganas dan kejam utk mendapatkan kuasa memerintah. Lebih kepada pemberontakan. Semua sifat ini sama dengan sifat orang-orang PR yg suka mewujudkan demonstrasi jalanan yg huru-hara. Memihak kepada Chin Ping seperti mengiktiraf fahaman komunis itu. Sering mencurigai demokrasi jika gagal pertahankan kerusi. DAP di dalam PR secara terang-terangan menolak Malaysia itu sebuah Negara Islam. Bukankah ini semua sama dgn sifat-sifat komunis ???

sumber dari blog Srikandi