Belina Shop

Boikot Product Digi Kalau Digi Ingkar!


Baru-baru ini syarikat telekomunikasi yang telah lama bertapak di negara ini melancarkan iklan barunya di setiap rangkaian tv Malaysia. Iklan baru itu tidak perlulah saya nyatakan, terasa seperti ada yang tidak kena dengan iklan Digi kali ini. Apakah mereka bersekongkol dengan Pakatan Rakyat atau cuma kebetulan?

Iklan yang mengambarkan RM1 dilanggar dengan kereta dan dibelasah sehingga jatuh menyembah lantai bumi. Tertanya-tanya juga saya apakah motif iklan Digi ini? Nak mempersendakan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato Seri Najib?? Apakah motif sebenar mereka? Kenapa harus gunakan simbol angka 1 untuk iklan mereka? Ketandusan idea atau sebaliknya?

Kepada Digi, sila berikan penjelasan mengenai perkara ini sebelum rakyat mulai memboikot product anda. Jangan timbulkan kekeliruan dikalangan pengguna Digi.

Dari blog Media Cyber

Loke Siew Fook & Jeff Ooinkkzzzz Patut Dibuang Negara!!!!

Alhamdulillah polis akhirnya akan memanggil dua bangsat yang berani menghina agama dan Raja kita.

Ia tentunya adalah berkat sokongan dan usaha kita semua mendesak agar tindakan keras dikenakan terhadap mereka yang sudah melampau batas ini.

Terima Kasih Polis Diraja Malaysia !!

Berita penuh sila baca di bawah : -


Polis ambil keterangan Loke, Ooi berhubung dakwaan hina Islam, Sultan Perak

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil dua individu untuk memberi keterangan berhubung kenyataan mereka yang didakwa menghina Islam dan Sultan Perak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata Ketua Pemuda Sosialis DAP, Loke Siew Fook, dan Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, akan dipanggil dalam masa terdekat.

"Polis telah jalankan siasatan dan kita akan ambil keterangan mereka dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut kes ini," katanya selepas majlis penyerahan cek tabung kemanusiaan untuk kanak-kanak Gaza di Bukit Aman di sini Rabu.

Musa berkata pihak yang terlibat boleh didakwa kerana melakukan kesalahan hasutan jika kenyataan mereka membangkitkan ketegangan kaum.

"Selain didakwa mengikut Akta Hasutan, mereka yang didapati bersalah juga boleh dituduh menghina agama dan menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan kaum," katanya. BERNAMA


Lesen Hina Islam oleh Nik Aziz

Bukan di Malaysia saja tetapi orang Islam satu dunia bangkit suarakan kemarahan pada karikatur Nabi Muhammad s.a.w yang diterbitkan di surat khabar Jyllands-Posten pada 30 September 2005.Pelukis karikatur di Jyllands Posten dan begitu juga pemilik surat khabar terbesar di Denmark itu bukan beragama Islam dan tidak faham tentang Islam.

Kalau ingatan Datuk Nik Aziz Nik Mat belum kabur lagi orang-orang PAS turut sama marah dengan karikatur yang menghina agam Islam itu.Adakah waktu itu beliau tampil minta orang Islam satu dunia bersabar dan maafkan orang Denmark itu kerana tidak faham tentang Islam? Jawabnya TIDAK.

Makanya dari sudut mana kita sekarang hendak mengambil pemahaman pada kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS itu di Kota Bharu Rabu yang pastinya agak membingungkan.Katanya beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Soalnya yang terbentang di depan mata ialah apa bezanya orang Denmark yang tidak faham Islam dengan orang DAP di Malaysia? Di petik dr Agenda Daily

Ronnie Liu Boleh Mati Kalau Tiada Beer.


1. Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh kepimpinan pakatan Rakyat terus dilanda badai dan ini sekaligus menguatkan lagi hakikat bahawasanya kerajaan ini sedang menghampiri kehancuran. Terbaru adalah desakan yang dibuat oleh PesuruhJaya PAS Negeri, Dr. Hassan Ali yang juga merupakan salah seorang EXCO negeri memegang portfolio Hal Ehwal Islam yang mahu agar EXCO dari DAP, Ronnie Liu disingkirkan dan diganti dengan pemimpin lain.

2. Ronnie Liu yang mengawal portfolio kerajaan tempatan dikatakan bertindak keterlaluan termasuk cuba mencampuri urusan di luar bidang kuasanya. Ini ekoran daripada tindakan Ronnie yang memaksa penguatkuasa Majlis Perbandaran Shah Alam supaya memulangkan semula minuman keras atau arak yang dirampas kepada pemiliknya.

3. MPSA dalan satu operasi penguatkuasaannya telah melakukan serbuan dan merampas sejumlah besar arak yang dijual tanpa kebenaran di kawasan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Pemilik permis yang terlibat dikatakan telah meminta bantuan Ronnie supaya berbuat sesuatu. Dan Ronnie telah memaksa MPSA tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemilik permis tersebut manakala arak yang dirampas juga diarahkan supaya dipulangkan semula kepada pemiliknya.

4. Umum mengetahui bahawa Shah Alam memiliki kepadatan penduduk yang majoritinya beragama Islam dan ramai antaranya merupakan penuntut IPTA. Adalah amat tidak wajar arak dibiarkan dijual secara berleluasa hanya untuk memenuhi tuntutan minoriti penduduk yang bukan Islam. Ini juga menunjukkan Ronnie dan DAP langsung tidak menghormati dan memandang rendah sensitiviti umat Islam.

5. Sebelum ini juga Ronnie Liu pernah dikaitkan dengan beberapa kejadian yang bertentangan dan diluar batas seorang pemimpin yang boleh dicontohi. Ini termasuklah tindakan Ronnie yang menghalang operasi kuatkuasa di permis hiburan yang telah melanggar peraturan hingga telah mencetuskan kekecohan. Menurut sumber, permis hiburan yang terlibat dikatakan mempunyai hubungan dan kepentingan secara langsung dengan Ronnie.

6. Ronnie Liu juga turut dikaitkan dengan aktiviti 'underground' atau mempunyai hubungan kuat dengan gerakan kongsi gelap. Beliau dikatakan telah banyak menggunakan kedudukannya sebagai salah seorang pemimpin Pakatan rakyat negeri untuk melindungi kegiatan kongsi gelap. Malah Ronnie juga pernah didakwa telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin kongsi gelap di pejabat kerajaan negerinya.

7. Selain itu, nama Ronnie Liu juga dikatakan mempunyai kaitan dengan kes kematian mengejut seorang setpol, Teoh Beng Hock yang telah dijumpai mati di sebuah plaza yang turut menempatkan pejabat SPRM negeri. Ada sumber mengatakan bahawa Ronnie merupakan salah seorang pemimpin yang cuba dilindungi oleh TBH.

8. Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor mungkin telah menunjukkan prestasi baik dalam memajukan negeri, tetapi dalam pada masa yang sama gagal membentuk dan memimpin EXCO negerinya dengan baik. MB Selangor lebih gemar mendiamkan diri dalam banyak isu dan ini jelas menunjukkan bahawa MB hanyalah sekadar boneka hanya mampu mengikut telunjuk DAP yang menjadi majoriti.

9. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor cuba sedaya upaya hendak menutup tahi mereka yang berbau busuk dengan cuba membuat pendedahan serta mengorek kelemahan yang pernah berlaku sewaktu kerajaan BN di bawah pimpinan Khir Toyo memerintah negeri Selangor dahulu. Walhal mereka sendiri sudah begitu banyak terlibat dengan kes penyelewengan, salah guna kuasa dan terbaru membabitkan kes kematian. Ini belum pun 1 penggal mereka menjadi sebuah kerajaan.

10. Saya percaya dan amat yakin bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak akan mampu bertahan lama. Rakyat Selangor pasti akan dapat menilai baik buruk kepimpinan baru ini. Seburuk-buruk pentadbiran Khir Toyo dahulu, tidak pernah lagi berlaku banyak perkara sepertimana yang berlaku sekarang.

ISA: Tahan Penyangak GMI & Pakatan Rakyat

Kumpulan pro-ISA menggesa polis supaya menahan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh serta tiga pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, ekoran penganjuran demonstrasi besar anti-ISA Sabtu lalu.

Selain Syed Ibrahim dan Anwar, mereka juga menggesa polis menahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin popular DAP, Lim Kit Siang.

Gesaan itu dibuat oleh Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA.

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, keempat-empat individu itu patut ditahan di bawah ISA kerana mengamalkan "keganasan terancang" ketika menganjurkan perhimpunan mansuhkan akta itu kelmarin.

"Saya mendesak polis, kenapa polis kena takut (menahan)? Tugas polis menjaga orang awam seperti kami. Kami hendak berniaga, hendak jual jambu, buat burger, bawa teksi.
"Polis kena jaga kami, bukan memberi muka kepada Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam GMI. Tangkap mereka ini! (Ini) hak kami," kata Mohd Khairul Azam dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Semalaysia (Pekida) Selangor, Zainal Hashim hadir sama.

Mohd Khairul Azam berkata, kegagalan GMI mematuhi arahan polis supaya membatalkan perhimpunan anti-ISA, telah mengakibatkan kerosakan harta awam dan mengganggu kebebasan orang awam.

Sehubungan itu, beliau berkata, Magaran juga sedang mengumpulkan bukti kerugian peniaga dan orang awam bagi digunakan untuk menyaman GMI. Gabungan NGO Melayu itu meminta orang ramai dan peniaga yang mengalami kerugian, memaklumkan nilai kerugian mereka mereka melalui telefon (012-9770412) atau emel kepada demorugi@gmail.com

Mohd Khairul Azam yang mendakwa dirinya ahli PAS kawasan Sungai Ramal, Kajang turut mencabar Anwar berdebat berhubung kewajaran penggunaan ISA. Katanya, tidak semua ahli parti pembangkang bersetuju dengan pendirian pemimpin mereka supaya akta itu dimansuhkan.

ISA Tetap DiKekalkan

Hanya kaji…jangan mimpi kerajaan nak hapus ISA,kata Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang jaga portfolio undang undang Sabtu secara terbuka kata kerajaan tidak akan hapuskan ISA sebaliknya hanya kajian semula bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai ruang untuk penyalahgunaan kuasa.

"Saya nak beritahu kepada mereka, mereka mimpi di siang hari sahaja perkara ini, dan tidak akan berlaku penghapusan ISA ini," katanya pada wartawan selepas satu majlis di Papar Sabah ketika diminta mengulas demonstrasi anti ISA di Kuala Lumpur.

Nazri berkata pihak pembangkang hanya memutarbelitkan fakta dan mahu menghasut rakyat supaya tidak beri sokongan kepada kerajaan.

"Apatah lagi dalam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang jelas telus setelah melakukan beberapa tindakan, yang menyebabkan rakyat memberi sokongan kepada kita.

"Pembangkang ini hanya hidup dalam susasana yang kucar-kacir jadi keadaan yang baik mereka tidak menyukainya...bila stabil rakyat bagi sokongan kepada BN. Tapi kalau ada satu isu yang boleh membangkit dan mengelirukan rakyat menyebabkan rakyat boleh dihasut yang itu mereka suka," katanya.

"Saya seringkali menjawab bagi pihak kerajaan bahawa kita tidak akan menghapus melainkan untuk kaji semula bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai ruang untuk penyalahgunaan kuasa,”katanya.

Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO memberi contoh, antara perkara yang boleh dipertimbangkan adalah pengurangan tempoh ditahan dari 60 hari kepada 30 hari.

"Jadi saya ingin menyatakan di sini bahawa menghapuskan ISA itu bukan agenda Barisan Nasional," katanya.-1/8/2009 Agendadaily