Belina Shop

NIK AZIZ KENA TIPU



Lanjutan dari perhimpunan mendesak Nik Aziz meletak jawatan didepan pintu masuk ke Kota Darulnaim oleh Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan, jemaah-jemaah Pas mengadakan pula apa yang dipanggil Himpunan Menyokong Tok Guru di Dataran Ilmu Kota Bharu.

Sasaran 10'000 kehadiran sebenarnya tidak tercapai kerana yang hadir hanyalah sekitar 5 ribu orang sahaja. Jumlah ini amat sedikit kerana ini telah dicampur dengan mereka yang hadir setiap jumaat ke kuliah Nik Aziz di tempat yang sama.

Jika dibuat saringan...., setelah ditolak jumlah kebiasaan yang menghadiri kuliah Nik Aziz setiap jumaat, jumlah penonton tak diundang ditepi jalan dan jumlah peniaga yang menjaja aneka barangan..., umat yang dapat dikumpulkan untuk menyokong Nik Aziz hanyalah sekitar kurang lebih 3 ribu sahaja.

Namun seperti biasa, Harakah telah melaporkan bahawa kononnya puluhan ribu umat wali selipar telah hadir bagi memberikan sokongan. Begitu juga didalam blog-blog penganut ajaran Pas yang me war-warkan kehadiran yang amat ramai.

Kemana menghilangnya pentaksub-pentaksub ajaran wali selipar ini ? Sudah tak sayangkah mereka kepada Tok Guru keramat lagi berkat mereka ?? Sudah hilangkah kepercayaan mereka terhadap kemukjizatan Nik Aziz ???

Umpan yang dipertaruhkan oleh pihak penganjur dengan menampilkan jagoan jamnapari Husam Musa tidak mampu lagi menarik sokongan rakyat Kelantan khususnya pengikut tegar Pas.

Sepatutnya mereka menampilkan Syed Azidi atau Kickdefella memeriahkan majlis. Tentunya ratusan ribu rakyat akan memenuhi Dataran Ilmu bagi mengabadikan kenangan bersama "JEBAT" Pas itu.

Menarik jika melihat betapa fanatiknya jemaah Pas yang hadir dengan memakai lilitan kepala bertulis "I LOVE TOK GURU". Tak kurang juga nak termuntah apabila diberitahu Himpunan ini diadakan untuk memuji dan menyanjung Nik Aziz.

Terpancar dimata umat yang hadir cahaya ketaksuban melampau sesama manusia. Beberapa sepanduk dan banner terkandung kata-kata pujian serta "ayat lambung" kepada Nik Aziz ternyata amat memberikan kesan umpama "viagra" kepada Nik Aziz.

Nik Aziz dilihat tak putus-putus menguntumkan senyuman. Ibarat kambing boer yang ketagih mengawan sahaja lagaknya apabila tersengih-sengih sendirian.

Dimata pihak Pas, Himpunan ini telah berjaya mengalahkan provokasi oleh demonstrasi mendesak Nik Aziz meletakkan jawatan.

Namun, disebalik bau masam dan hamis jemaah Pas yang berasak-asak menyanjung idola mereka, tiada siapa yang menyedari bahawa petugas-petugas unit amal Pas sibuk merampas dan menyembunyikan beberapa banner dan sepanduk panas dari di tonjolkan.

Beberapa sepanduk mengecam Ariffahmi dan juga Nik Abduh berjaya dirampas dan juga dilindung dari lensa kamera orang ramai. Ini satu lagi bukti tiada demokrasi dan juga ketelusan didalam kepimpinan Pas.

Mustahil banner dan sepanduk yang menghentam menantu Ni Aziz dan juga Nik Abduh ini dibuat oleh orang Umno. Ini kerana dikhabarkan oleh anggota unit amal yang menjaga hal ehwal banner serta perkakas disitu bahawa banner ini diserahkan sendiri oleh AHLI DEWAN PEMUDA PAS !

Persoalannya sekarang ialah, mengapakah banner yang menempelak Nik Aziz wujud didalam perhimpunan yang bertujuan menyokong serta menyanjungnya ???

Bukankah Ariffahmi adalah merupakan menantu kesayangan Nik Aziz dan Nik Abduh pula adalah anak nya sendiri ?? Jadi mengapa banner seperti ini wujud jika tidak bukan kerana jemaah Pas mahu memprotes keputusan yang dibuat oleh Nik Aziz.

Jelas bahawa himpunan menyokong dan menyanjung Nik Aziz ini dilakukan oleh kumpulan berkepentingan didalam politik Nik Aziz demi survival politik mereka. Sedangkan ada kelompok lainnya yang berlainan pandangan didalam status Nik Aziz sebagai Menteri Besar semakin menolak kepimpinan wali selipar ini.

Ramai rakyat tidak menyedari bahawa Himpunan di Dataran Ilmu ini hanyalah satu wayang dan juga sandiwara kumpulan penyokong Nik Aziz didalam Pas.

Pernahkah kita terfikir, dimanakah pemimpin-peminpin kanan Pas yang lain? Dimana pula gerangan para ahli dewan ulamak ?? Dimana kepimpinan pemuda Pas ?? Dimana juga Presiden Pas sendiri ???

Apakah mereka-mereka ini terlampau sibuk ataupun sengaja mengelakkan diri dari dilihat bersama dengan Nik Aziz ??

Nampaknya, gelaran puak Quraisy yang ditujukan oleh Nik Aziz kepada Umno, rupa-rupanya berakar umbi didalam partinya.

Doa binasa yang ditujukan kepada pemimpin juga jemaah Umno nampaknya telah berbalik kepada batang tubuh Nik Aziz sendiri.

Inilah yang diumpamakan seperti "senjata dah makan tuan".

Orang-orangan, penjaja kebencian, di dalomangkob dan bloggers kita

Kerjaya sebagai wartawan memungkinkan saya untuk bertemu dengan pelbagai jenis orang. Kecuali orang halus, orang bunian atau orang minyak, saya telah bertemu dengan orang awam, orang bawah, orang atas, orang belakang, orang rumah, orang besar,orang hulu, orang bukit, orang buangan, orang dagang, orang kaya,orang gaji, ,orang timur, orang barat, orang kampung, orang kecil, orang muda, orang lama, orang luar, orang dalam, orang sakit, orang miskin, orang tua, orang suruhan malah saya telah bertemu dengan orang utan dan orang-orangan.

Jenis yang terakhir inilah-orang-orangan- yang ingin saya tulis pada ruangan kali ini. Mengikut Kamus Dewan, orang-orangan bermaksud tiruan orang, boneka, patung atau sejenis patung yang dibuat untuk menakutkan burung.

Orang-orangan inilah yang banyak menulis dalam blog, menyamar dan yang paling membimbangkan ialah apabila mereka menjadi penjaja kebencian, hatred-monger yang antaranya memakai jaket bloggers, menyamar menggunakan jubah agama, baju politik dan sebagainya.

Hatred-monger atau penjaja kebencian, meminjam istilah Prof.Dr.Azyumardi Azra, ini terus menyebarkan sengketa, salah faham dan sebagainya dengan membungkusnya menggunakan isu-isu, antaranya perkauman dan agama, yang pada akhirnya mencetuskan ketegangan.

Tidak jarang saya menerima telefon meminta ditulis begitu begini, tidak kira waktu, sama ada pada waktu tengah malam atau ketika awal pagi sebelum mandi dan bersarapan. Unsur perpecahan berteras kaum dan agama, kata Datuk Masidi Manjun, perlu dielakkan.

Kita boleh bersikap toleransi dengan perbezaan, kata Masidi kerana kadang-kadang perbezaan merupakan elemen yang menjadi tonggak kekuatan kita. Kebebasan bersuara hendaklah digunakan sebaik mungkin dalam dunia demokrasi kita tetapi ia haruslah digunakan secara adil dan bertanggungjawab.

Adil menurut Buya Hamka ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim diatasnya. Saya fikir itulah yang perlu kita lakukan.Penjaja kebencian, hatred-monger apapun dan siapapun dia, haruslah lebih adil dan lebih bertanggungjawab dengan hanya menyatakan yang benar, menyalahkan yang salah dan tidak menyebarkan kebencian, sengketa, salah faham, ketegangan dan sebagainya apalagi jika ia berunsurkan perkauman dan agama.

Para bloggers kita bertanggungjawab untuk menyampaikan yang benar. Orang yang tidak benar ialah orang yang tidak menjalankan yang benar dan tidak pula menerima kebenaran, kata Datuk Haji Arifin Arif, penulis yang kini menjadi wakil rakyat Membakut.

Katanya, golongan ini disebutkan oleh Allah S.W.T sebagai mereka yang punya hati tetapi tidak mahu mengerti, punya mata tetapi tidak mahu melihat kebenaran dan punya telinga tetapi enggan mendengar kebenaran.

Oleh sebab itu, mereka asyik menyerang, menghina malah mempersendakan si dalomangkob. Siapa si dalomangkob dan apa makna dalomangkob?. Dalomangkob adalah satu perkataan dalam bahasa Iranun yang bermakna pemimpin, sang juara, si pintar, hero,superior dan sebagainya.

Dalam satu bayuk, seni puisi tradisi sukubangsa Iranun yang berbunyi, ainungka ib paar, bainungka di' dsabut, sakenman i dalomangkob, sa langun a redsa aken yang kalau diterjemahkan berbunyi mengapa engkau pertanyakan,kenapa tak ingin mengerti, bahawa akulah yang terbaik, di antara rakan sebaya.

Tetapi dalam bayuk ini, dalomangkob boleh diertikan sebagai lebih gagah, lebih hebat, lebih baik, lebih hero, lebih superior dan sebagainya. Barangkali kerana sikap lebih superior, merasa lebih hebat dan menganggap orang lain salah dan tidak setara yang menyebabkan timbul rasa tidak puas hati lalu menumbuhkan kebencian.

Situasi ini diperburukkan lagi apabila penjaja penjaja kebencian bermunculan bukan saja di dunia nyata malah di dunia siber.

Panah demi panah dilepaskan untuk menyerang apa saja idea, konsep atau usaha yang dikemukakan oleh si dalomangkob menggunakan blog, kerana pada mereka, si dalomangkob tidak berbuat banyak untuk kepentingan bangsa dan negara. Si dalomangkob dikatakan hanya pandai berkata-kata, dan tidak melaksana tanggungjawabnya dengan baik. Jikalau kita bertanya, siapa sebenarnya si dalomangkob, saya fikir kita semua boleh menjadi si dalomangkob.

Kita juga sebenarnya berpotensi untuk menjadi hatred-monger, si penjaja kebencian sekiranya kita menyampaikan fitnah, desas desus, khabar angin, salah faham dan sebagainya dengan nawaitu yang tidak ikhlas, iaitu bertujuan untuk memporak-porandakan kestabilan dan menjatuhkan seseorang pemimpin, apatahlagi jika perbuatan itu dilakukan secara tapuk-tapuk dan berselindung..

Saya dapat menghargai malah menghormati orang yang berbeza pendapat dan pandangan asalkan jelas identitinya. Tidak bersembunyi di sebalik nama-nama misteri, aneh dan menjadi orang-orangan.

Orang-orangan inilah yang muncul menjaja kebencian.Saya fikir inilah cabaran yang menggugat perpaduan dan persaudaraan.Elemen-elemen perbezaan yang sengaja diperbesar-besarkan menyebabkan rakyat di negeri ini berkecamuk dalam sengketa yang berpanjangan.

Kalaupun kita berbeza pandangan politik , kita tidak harus dipersempit oleh anutan ideologi politik kepartian. Sebaliknya kita haruslah kembali kepada nilai-nilai yang adil, yang benar, yang baik, yang jujur dan sebagainya kerana nilai-nilai inilah yang membolehkan kita hidup sejahtera, lebih murni, lebih mulia dan lebih indah.

Lim Kit Siang Tauke/Tauge Laga Ayam Pakatan

Apakah Lim Kit Siang sebenarnya tunjang kekuatan Pakatan Rakyat? Atau sekadar tauke laga ayam?

To restore public confidence in Pakatan Rakyat, PR component parties should make a 10 or 20-year commitment to abide by the PR common principles and impose discipline among their leaders to uphold and protect PR image and integrity- Lim Kit Siang

Apakah maksud tersirat Lim Kit Siang dalam menyatakan syornya seperti tersebut di atas?

LKS sebenarnya meminta supaya ahli-ahli komponen PR berikrar taat setia kepada kemahuannya dan kemahuan DAP. Lebih ketara, penyataan LKS itu ditujukan kepada PAS dan kepimpinnya yang selama ini menampakkan pertentangan dari segi idelogi dengan DAP. LKS tahu benar PKR akan menyebelahinya jika syor ini diketengahkan. Bila ada komitment seperti yang dia syorkan, setidak-tidaknya dia dan DAPnya ada senjata dan alasan supaya PAS patuh kepada tuntutannya dan kemahuan DAP seperti akur janji dalam komitment 10-20 tahun. Jauh di sudut hatinya, dia percaya PKR akan tetap meyebelahinya kerana dalam PKR sudah tumbuh subur tamanan idelogi dan orang DAP di dalamnya.

Syor ini hampir sama dengan syor Israel kepada Hamas dan Fatah di Palestine supaya "restore order" tetapi dalam masa yang sama Israel mengatur strategi untuk menyerang dan membunuh rakyat Palestine dengan sewenang-wenangnya.

Jelas kepada kita bahawa, di saat-saat PAS menghadapi krisis kepimpinan, DAP pula berusaha mengenakan berbagai kondisi kepada kepimpinan PAS supaya melakukan komitmen. Seolah-olah komitmen ini berbau ugutan bahawa jika tiada "komitmen" seperti yang dia syorkan maka jangan mimpi DAP akan menyokong atau menyebelahi pemimpin PAS yang sedang menghadapi krisis kepimpinan.

Akan adakah pemimpin PAS yang akan menyambut syor LKS dan DAP ini semata-mata hendak mempertahankan dan mengekalkan kedudukan atau posisi mereka dalam PAS? Atau menganggap LKS lebih suci dari UMNO?

Penyataan LKS ini tidak lebih dari "menanguk di air yang keruh", mengambil kesempatan pada saat-saat rakan dalam PR mengalami masalah dalaman maka dia mengharap akan sujud padanya meminta bantuan tetapi bantuannya "bersyarat". Syaratnya buat komitmen dengan berikrar 10-20 tahun patuh dan akur pada kehendak PR yang dipandunya bagi menjamin DAP mendapat sokongan PAS dan tetap dekat di hati ahli-ahli PAS sekurang-kurang 10-20 tahun mendatang.

Komitment 10-20 tahun adalah satu muslihat politik yang perlu anda ketahui maksud tersiratnya. Atau sememangnya LKS tidak percaya pada PAS dan kepimpinannya atau sudah mula terhidu bau penolakkan dan penentangan PAS ke atas ideolgi DAP?

Nasruddin Kaki Pendusta dan Celaka

Timbalan ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mahu Nasruddin Hassan disiasat di bawah Akta Hasutan sekiranya ketua Dewan Pemuda PAS pusat itu, didapati telah menimbulkan huru-hara. Dalam ucapan penggulungan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC hari ini, Razali mendakwa Nasruddin telah bertindak sedemikian dengan menghantar SMS kepada penyokong PAS, yang mendakwa kumpulan itu telah "diserang" oleh kumpulan Pemuda Umno sewaktu pilihan raya DUN Bagan Pinang. Razali juga berkata PAS telah menerbitkan gambar yang didakwa sebagai seorang anggota PAS yang dikatakan cedera dalam kejadian tersebut. "Dia keluarkan gambar kononnya muka pecah, baju koyak tapi badan tak luka pun," kata Razali. "Kita cakap kepada dia, bawa orang ini ke depan. Kita nak minta maaf kalau kita salah. Sampai hari ini tak ada pun orang yang dikatakan dianiaya oleh penyokong BN. "Penipu besar Nasruddin Hassan," katanya lagi.

Razali turut mendakwa bahawa anggota pergerakan itu juga telah "diserang." "Satu malam sebelum buang undi, Pemuda kita diserang hanya kerana orang PAS kena tipu," katanya lagi. "Kalau dia mati masa tu, memang mati katak sebab dia bukan jihad, dia menipu," katanya lagi. Razali turut mendakwa bahawa terdapat juga anggota Muslimat PAS yang menipu pengundi dengan memberitahu tarikh membuang undi yang salah. "Muslimat PAS kerana terdesak, dia pergi ke umah orang tua beritahu tak jadi buang undi pada 11 Oktober, tapi ditunda kepada 13 Oktober," katanya sambil menambah perkara itu tidak seharusnya dilakukan oleh PAS. "Umno tak akan sekali-kali menggadai agama Islam untuk kepentingan diri kita," tambahnya.

Komen;

Sekiranya beliau terlibat, dakwa sahaja di bawah Akta Hasutan ataupun "ISA" kan sahaja. Orang yang cuba untuk "menodai" keamanan dan kesejahteraan negara memang itu sahajalah balasannya. Supaya tindakan ke atas beliau menjadi contoh kepada yang lain agar jangan sesekali meyemarakkan api permusuhan dengan menyebarkan pelbagai hasutan dan fitnah yang boleh membawa kepada rusuhan maupun perang saudara.

Adakah ini juga yang dimaksudkan oleh TGNA bahawa berpolitik juga umpama perperangan perlu menggunakan tipu dan muslihat? Maka biarkanlah penyokong-penyokong ditipu oleh pimpinan mereka sendiri sehingga mereka bergaduh, memulakan rusuhan malah peperangan demi untuk menagih simpati rakyaat?

Peduli apa jika nantinya ada yang terbunuh, jika ada harta-benda musnah dan jika negara huru-hara asalkan objektif politik mereka tercapai dan cita-cita mereka terkabul. Jika TG berkata ya, maka tangkaplah dengan TG tu sekali.



PAS terima Padah akibat mulut busuk macam bangkai!



Pakatan Rakyat sudah semakin longgar pakatan nya. Ini telah terbukti semasa parti itu menjalankan strategi kempen nya N31 Bagan Pinang. Oleh kerana kegagalan mereka menunjulkan kesepakatan nya, maka kebanyakan ceramah2 yang di adakan kurang mendapat sambutan. Kegagalan ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi keputusan PKR itu.

Sebenarnya kesepakatan diantara PAS, PKR dan DAP tidak pernah ujud secara jujur dan ikhlas dalam Pakatan Rakyat. PAS mempunyai niat asalnya untuk mengujudkan sebuah negara Islam, sedangkan DAP menetang 100% keujudan negara Islam. PKR pula berjuang se mata2 untuk menabalkan DSAI sebagai PM, PKR juga tidak pernah menyokong PAS mengujudkan negara Islam.

Ke tiga2 parti ini sebenarnya telah mempunyai niat dan tujuan berlainan dan bertentangan diantara satu sama lain. Mereka cuma boleh bersatu dalam hal2 yang ada kepentingan diri mereka sahaja. DAP dan PKR telah menunjuk kan sikap tidak ber sungguh2 untuk membantu PAS di Bagan Pinang, ini kerana mereka fikir tidak banyak menguntungkan dan memberi faedah kepada nya.

Berlainan pula hal nya dengan Permatang Pasir, Jika kerusi DUN Permatang Pasir jatuh ketangan BN/UMNO mereka anggap satu kerugian besar bagi P Pinang negeri perintah DAP. Mereka telah ber sungguh2 bermatian membantu PAS untuk mempertahankan DUN Permatang Pasir.

Sepatutnya rakyat sudah sedar akan ketidak ikhlasan parti2 yang berada dalam Pakatan Rakyat.

Lebai PAS Munafik! Dasar manusia tak tahu bersyukur!

Semalam selepas balik dari terawih, aku singgah dekat kedai kopi Mak Teh. Dah lama tak melepak di sini. Rasanya sejak puasa inilah kali pertama aku singgah kat kedai Mak Teh. Selalunya lepas terwih terus balik rumah. Dah la, jalan dari rumah aku ke masjid tak lalu dekat kedai dia, dan lagi satu dekat rumah ada lagi makanan 'balance' berbuka tadi. Kalau aku tak makan, siapa lagi nak makan. Bini aku hanya makan masa berbuka sahaja.

Wah, kedai Mak teh malam ini meriah. Aku tak tahu pulak ramai selalu lepak kat kedai mak teh bulan puasa ni. Maklumlah aku bukannya lalu depan kedai dia bila balik terawih. Kedai mak teh penuh lampu lip lap lip lap. Mak Teh tuan punya warung ini bini Pak Leh Janggut. Anak dia sama dengan aku masa sekolah rendah dulu. Sekarang anak dia dah jadi ADO dekat pulau pinang.

Cantik kedai mak teh, aku menyapa mak teh masa dia nak ambil order. Dia kata nak dekat raya ni dia pasanglah lampu lip lap lip lap tu. Bagi berseri katanya. Aku macam biasa order kopi o ais satu dengan bihun goreng. Naik meliur aku teringat bihun goreng mak teh, sedap. Sedang aku mengelamun, Haji Rashid, orang kuat pas kampung aku sampai. Aku terus pelawa Haji Rashid duduk dekat meja aku. Kebetulan ada kerusi kosong sebelah aku. Haji Rashid ini semua orang tahu orang kuat PAS di kampung aku. Kakitangan kerajaan, kerja di Kuala Kangsar. Haji Rashid duduk aje sebelah aku. Mungkin tempat lain dah penuh kot.

Aku : Haji apa citer?

Haji Rashid (HR) : Tak ada apa. Aku ni orang kecik aje. Dulu masa Nizar memerintah, terasa juga 'besar'. hahahahah (gelak panjang dia)

Aku : Nape pulak Haji macam tu?

HR : Ialah dulu MB orang Pas, boleh lah aku eksyen sikit. Ramai la yang datang jumpa aku minta sokongan. Tak kira orang Pas ke orang Umno ke, deme semua datang lah minta tolong macam-macam. Ada nak mintak tolong dapatkan pinjaman Yayasan Perak lah, mintak duit zakatlah. Macam-macamlah. Sekarang deme dah tak jumpa aku, deme jumpa orang lain dah. hampeh aje.

Aku : Bagus juga macam tu Haji, bolehlah Haji tumpu kerja haji kat pekan kuala tu. Kan ke haji makan gaji ngan kerajaan. Nanti orang komplain pulak kakitangan kerajaan tak cekap, tak buat kerja. Yang tak buat kerja orang macam haji, yang busuk nama Dato Najib juga.

HR : Kau ni perli aku ke?

Aku : Bukan macam itu haji (sebanarnya memang perli pun). Ni Najib dah umumkan kakitangan sokongan dapat RM1000. Nak raya ni dapat dulu RM500.

HR : Ceh kalau takat bagi banyak tu baik tak payah. Dah la tak bagi sekali penuh, bagi dua kali pulak tu. RM500 itu boleh beli apa je. Apa lah kerajaan zalim ni buat cam ni. (meninggikan suara)

Aku : Jadi haji tak sokonglah.

HR : Aku mana pernah sokong kerajaan Umno. Kalau tak, takda lah aku jadi ahli Pas.

Aku : Betul pak haji tak sokong imbuhan RM1000 tu?

HR : Aku tak main-main la. Pernah ke aku sokong apa yang kerajaan umno tu buat. Tak pernah umno buat sesuatu untuk kebaikan rakyat. Kata nak bagi bonus, ni bagi imbuhan aje. Dah lah tu ciput pulak. (tambah bersemangan orang tua ni bercakap)

Aku : Kalau macam tu, bila duit tu masuk dalam akuan gaji haji, haji keluarkan dan bagi dekat saya. Sebab haji bukan ke tak sokong dan tak nak duit tu?

HR : Ehhhhh mana boleh. Tu duit aku la. Teh, mari kira berapa yang aku makan ni?

Terus je Haji Rashid angkat kaki. Dah terkena dengan aku lah tu. Macam tu je nak layan bodoh sombong orang pas ni. Dah dapat imbuhan bukannya tahu bersyukur, kutuk lagi adalah. Yang peliknya kutuk pasal kerajaan bagi imbuhan kepada kakitangan sokongan bagai nak rak tapi dalam masa yang sama ambik juga duit tu. Tak tahu bersyukur langsung puak pas ni. Aku cuma terkenang, nasib baik lah kerajaan Umno, dapat la jugak duit time nak sambut raya, kalau kerajaan Dap entah-entah dapat time nak sambut kongsipatchoy pulak.

Gunaretinam Dibuang Negara

Mereka-mereka ini tidak dikenakan Akta Hasutan ke TS Gani?


The cow’s head protesters are likely to be charged with sedition and illegal assembly today. Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail confirmed in a statement issued yesterday that the protesters in the controversial demonstration against the relocation of a Hindu temple in Section 23 in Shah Alam on Aug 28 would be hauled to court.

He said: “I have decided to charge those who carried and spoke while stepping on the cow’s head under Section 4(1) of the Sedition Act alternatively Section 298 of the Penal Code.

Source: The Star Online.

Apabila membawa, bercakap sambil memijak kepala lembu dijadikan "precedent case" untuk ditakrifkan sebagai Akta Hasutan, saya tidak tahu bagaimana umat Islam akan menyembelih lembu selepas ini. Kemungkinan besar ada segolongan fanatik Agama yang akan membuat aduan polis untuk tidak membenarkan umat Islam menyembelih lembu atas alasan menganiya tuhan mereka dan mungkin pula laporan polis akan dilakukan ke atas umat Islam di bawah Akta Hasutan agar tidak membenarkan umat Islam memakan daging binatang yang dianggap tuhan mereka. Golongan-golongan ini masih akan berkata, kerajaan tidak adil.

Untuk memastikan keadilan juga diberikan kepada umat Islam, saya mengharapkan agar R Gunaretinam, penduduk Seksyen 23 turut ditangkap, disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 4(1) di bawah Akta Hasutan dan alternatifnya Seksyen 298 di bawah Penal Kod. R Gunaretinam telah membuat ketegangan dan menghina Agama Islam sebagai Agama Rasmi negara Malaysia (bagi sesiapa yang lupa) dan hampir mencetuskan pergaduhan kaum dengan kurang ajar berkata, setiap rumah dan kawasan telah dilengkapi dengan surau dan masjid bagi kegunaan masyarakat Islam dan mempertikaikan azan yang dilaungkan 5 kali sehari, lihat di sini.

Saya berharap pihak Peguam Negara dapat berlaku adil di dalam perkara ini, kerana ianya melibatkan sensitiviti kaum. Janganlah asyik hendak mendakwa umat Islam dan kaum lain bebas menghina Agama Islam.

Perdana Menteri sebelum itu telah meminta agar umat Islam akan sentiasa bertolak ansur dan menunjukkan rasa hormat kepada kaum lain seperti mana yang terdapat di dalam Al Quran. Laporan yang dipetik dari The Star Online adalah seperti berikut:

Datuk Seri Najib Tun Razak has called on all Muslims to exercise religious tolerance and show mutual respect for other races as dictated in the Quran. This, the Prime Minister said, would in turn win them the respect from those of other faiths and backgrounds.

Najib said Islam was brought to the world as a universal religion. It called on followers not to hate people of any race or faith, especially if it could cause the latter to be treated unfairly, he added.


Source: The Star Online.

Untuk pengetahuan DS Najib, umat Islam di Malaysia amat menitik beratkan unsur bertolak ansur dan tolenransi. Rasa ukhwah dan perpaduan memang wujud. Cuma janganlah sampai permintaan-permintaan yang melampau dikemukakan oleh badan-badan agama bertujuan untuk menguji kesabaran umat Islam di Malaysia ibarat, diberi betis hendak paha. Janganlah sampai pemimpin Islam sendiri membiarkan umat Islam sendiri seperti melukut di tepi gantang.

Apa yang berlaku dewasa ini adalah seperti Kerajaan hendak menjadikan umat Islam sebagai pengemis dan penduduk kelas ketiga di negara sendiri. Setiap agama mengalakkan perpaduan dan kerjasama yang harmoni sesama atau berlainan agama. Marilah kita sama-sama menghormati hak-hak masing-masing seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan. Janganlah sampai umat Islam yang hanya perlu mengalah dan kalah seperti apa yang berlaku kepada umat Islam di Palestin.