NIK AZIZ KENA TIPU



Lanjutan dari perhimpunan mendesak Nik Aziz meletak jawatan didepan pintu masuk ke Kota Darulnaim oleh Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan, jemaah-jemaah Pas mengadakan pula apa yang dipanggil Himpunan Menyokong Tok Guru di Dataran Ilmu Kota Bharu.

Sasaran 10'000 kehadiran sebenarnya tidak tercapai kerana yang hadir hanyalah sekitar 5 ribu orang sahaja. Jumlah ini amat sedikit kerana ini telah dicampur dengan mereka yang hadir setiap jumaat ke kuliah Nik Aziz di tempat yang sama.

Jika dibuat saringan...., setelah ditolak jumlah kebiasaan yang menghadiri kuliah Nik Aziz setiap jumaat, jumlah penonton tak diundang ditepi jalan dan jumlah peniaga yang menjaja aneka barangan..., umat yang dapat dikumpulkan untuk menyokong Nik Aziz hanyalah sekitar kurang lebih 3 ribu sahaja.

Namun seperti biasa, Harakah telah melaporkan bahawa kononnya puluhan ribu umat wali selipar telah hadir bagi memberikan sokongan. Begitu juga didalam blog-blog penganut ajaran Pas yang me war-warkan kehadiran yang amat ramai.

Kemana menghilangnya pentaksub-pentaksub ajaran wali selipar ini ? Sudah tak sayangkah mereka kepada Tok Guru keramat lagi berkat mereka ?? Sudah hilangkah kepercayaan mereka terhadap kemukjizatan Nik Aziz ???

Umpan yang dipertaruhkan oleh pihak penganjur dengan menampilkan jagoan jamnapari Husam Musa tidak mampu lagi menarik sokongan rakyat Kelantan khususnya pengikut tegar Pas.

Sepatutnya mereka menampilkan Syed Azidi atau Kickdefella memeriahkan majlis. Tentunya ratusan ribu rakyat akan memenuhi Dataran Ilmu bagi mengabadikan kenangan bersama "JEBAT" Pas itu.

Menarik jika melihat betapa fanatiknya jemaah Pas yang hadir dengan memakai lilitan kepala bertulis "I LOVE TOK GURU". Tak kurang juga nak termuntah apabila diberitahu Himpunan ini diadakan untuk memuji dan menyanjung Nik Aziz.

Terpancar dimata umat yang hadir cahaya ketaksuban melampau sesama manusia. Beberapa sepanduk dan banner terkandung kata-kata pujian serta "ayat lambung" kepada Nik Aziz ternyata amat memberikan kesan umpama "viagra" kepada Nik Aziz.

Nik Aziz dilihat tak putus-putus menguntumkan senyuman. Ibarat kambing boer yang ketagih mengawan sahaja lagaknya apabila tersengih-sengih sendirian.

Dimata pihak Pas, Himpunan ini telah berjaya mengalahkan provokasi oleh demonstrasi mendesak Nik Aziz meletakkan jawatan.

Namun, disebalik bau masam dan hamis jemaah Pas yang berasak-asak menyanjung idola mereka, tiada siapa yang menyedari bahawa petugas-petugas unit amal Pas sibuk merampas dan menyembunyikan beberapa banner dan sepanduk panas dari di tonjolkan.

Beberapa sepanduk mengecam Ariffahmi dan juga Nik Abduh berjaya dirampas dan juga dilindung dari lensa kamera orang ramai. Ini satu lagi bukti tiada demokrasi dan juga ketelusan didalam kepimpinan Pas.

Mustahil banner dan sepanduk yang menghentam menantu Ni Aziz dan juga Nik Abduh ini dibuat oleh orang Umno. Ini kerana dikhabarkan oleh anggota unit amal yang menjaga hal ehwal banner serta perkakas disitu bahawa banner ini diserahkan sendiri oleh AHLI DEWAN PEMUDA PAS !

Persoalannya sekarang ialah, mengapakah banner yang menempelak Nik Aziz wujud didalam perhimpunan yang bertujuan menyokong serta menyanjungnya ???

Bukankah Ariffahmi adalah merupakan menantu kesayangan Nik Aziz dan Nik Abduh pula adalah anak nya sendiri ?? Jadi mengapa banner seperti ini wujud jika tidak bukan kerana jemaah Pas mahu memprotes keputusan yang dibuat oleh Nik Aziz.

Jelas bahawa himpunan menyokong dan menyanjung Nik Aziz ini dilakukan oleh kumpulan berkepentingan didalam politik Nik Aziz demi survival politik mereka. Sedangkan ada kelompok lainnya yang berlainan pandangan didalam status Nik Aziz sebagai Menteri Besar semakin menolak kepimpinan wali selipar ini.

Ramai rakyat tidak menyedari bahawa Himpunan di Dataran Ilmu ini hanyalah satu wayang dan juga sandiwara kumpulan penyokong Nik Aziz didalam Pas.

Pernahkah kita terfikir, dimanakah pemimpin-peminpin kanan Pas yang lain? Dimana pula gerangan para ahli dewan ulamak ?? Dimana kepimpinan pemuda Pas ?? Dimana juga Presiden Pas sendiri ???

Apakah mereka-mereka ini terlampau sibuk ataupun sengaja mengelakkan diri dari dilihat bersama dengan Nik Aziz ??

Nampaknya, gelaran puak Quraisy yang ditujukan oleh Nik Aziz kepada Umno, rupa-rupanya berakar umbi didalam partinya.

Doa binasa yang ditujukan kepada pemimpin juga jemaah Umno nampaknya telah berbalik kepada batang tubuh Nik Aziz sendiri.

Inilah yang diumpamakan seperti "senjata dah makan tuan".

Orang-orangan, penjaja kebencian, di dalomangkob dan bloggers kita

Kerjaya sebagai wartawan memungkinkan saya untuk bertemu dengan pelbagai jenis orang. Kecuali orang halus, orang bunian atau orang minyak, saya telah bertemu dengan orang awam, orang bawah, orang atas, orang belakang, orang rumah, orang besar,orang hulu, orang bukit, orang buangan, orang dagang, orang kaya,orang gaji, ,orang timur, orang barat, orang kampung, orang kecil, orang muda, orang lama, orang luar, orang dalam, orang sakit, orang miskin, orang tua, orang suruhan malah saya telah bertemu dengan orang utan dan orang-orangan.

Jenis yang terakhir inilah-orang-orangan- yang ingin saya tulis pada ruangan kali ini. Mengikut Kamus Dewan, orang-orangan bermaksud tiruan orang, boneka, patung atau sejenis patung yang dibuat untuk menakutkan burung.

Orang-orangan inilah yang banyak menulis dalam blog, menyamar dan yang paling membimbangkan ialah apabila mereka menjadi penjaja kebencian, hatred-monger yang antaranya memakai jaket bloggers, menyamar menggunakan jubah agama, baju politik dan sebagainya.

Hatred-monger atau penjaja kebencian, meminjam istilah Prof.Dr.Azyumardi Azra, ini terus menyebarkan sengketa, salah faham dan sebagainya dengan membungkusnya menggunakan isu-isu, antaranya perkauman dan agama, yang pada akhirnya mencetuskan ketegangan.

Tidak jarang saya menerima telefon meminta ditulis begitu begini, tidak kira waktu, sama ada pada waktu tengah malam atau ketika awal pagi sebelum mandi dan bersarapan. Unsur perpecahan berteras kaum dan agama, kata Datuk Masidi Manjun, perlu dielakkan.

Kita boleh bersikap toleransi dengan perbezaan, kata Masidi kerana kadang-kadang perbezaan merupakan elemen yang menjadi tonggak kekuatan kita. Kebebasan bersuara hendaklah digunakan sebaik mungkin dalam dunia demokrasi kita tetapi ia haruslah digunakan secara adil dan bertanggungjawab.

Adil menurut Buya Hamka ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim diatasnya. Saya fikir itulah yang perlu kita lakukan.Penjaja kebencian, hatred-monger apapun dan siapapun dia, haruslah lebih adil dan lebih bertanggungjawab dengan hanya menyatakan yang benar, menyalahkan yang salah dan tidak menyebarkan kebencian, sengketa, salah faham, ketegangan dan sebagainya apalagi jika ia berunsurkan perkauman dan agama.

Para bloggers kita bertanggungjawab untuk menyampaikan yang benar. Orang yang tidak benar ialah orang yang tidak menjalankan yang benar dan tidak pula menerima kebenaran, kata Datuk Haji Arifin Arif, penulis yang kini menjadi wakil rakyat Membakut.

Katanya, golongan ini disebutkan oleh Allah S.W.T sebagai mereka yang punya hati tetapi tidak mahu mengerti, punya mata tetapi tidak mahu melihat kebenaran dan punya telinga tetapi enggan mendengar kebenaran.

Oleh sebab itu, mereka asyik menyerang, menghina malah mempersendakan si dalomangkob. Siapa si dalomangkob dan apa makna dalomangkob?. Dalomangkob adalah satu perkataan dalam bahasa Iranun yang bermakna pemimpin, sang juara, si pintar, hero,superior dan sebagainya.

Dalam satu bayuk, seni puisi tradisi sukubangsa Iranun yang berbunyi, ainungka ib paar, bainungka di' dsabut, sakenman i dalomangkob, sa langun a redsa aken yang kalau diterjemahkan berbunyi mengapa engkau pertanyakan,kenapa tak ingin mengerti, bahawa akulah yang terbaik, di antara rakan sebaya.

Tetapi dalam bayuk ini, dalomangkob boleh diertikan sebagai lebih gagah, lebih hebat, lebih baik, lebih hero, lebih superior dan sebagainya. Barangkali kerana sikap lebih superior, merasa lebih hebat dan menganggap orang lain salah dan tidak setara yang menyebabkan timbul rasa tidak puas hati lalu menumbuhkan kebencian.

Situasi ini diperburukkan lagi apabila penjaja penjaja kebencian bermunculan bukan saja di dunia nyata malah di dunia siber.

Panah demi panah dilepaskan untuk menyerang apa saja idea, konsep atau usaha yang dikemukakan oleh si dalomangkob menggunakan blog, kerana pada mereka, si dalomangkob tidak berbuat banyak untuk kepentingan bangsa dan negara. Si dalomangkob dikatakan hanya pandai berkata-kata, dan tidak melaksana tanggungjawabnya dengan baik. Jikalau kita bertanya, siapa sebenarnya si dalomangkob, saya fikir kita semua boleh menjadi si dalomangkob.

Kita juga sebenarnya berpotensi untuk menjadi hatred-monger, si penjaja kebencian sekiranya kita menyampaikan fitnah, desas desus, khabar angin, salah faham dan sebagainya dengan nawaitu yang tidak ikhlas, iaitu bertujuan untuk memporak-porandakan kestabilan dan menjatuhkan seseorang pemimpin, apatahlagi jika perbuatan itu dilakukan secara tapuk-tapuk dan berselindung..

Saya dapat menghargai malah menghormati orang yang berbeza pendapat dan pandangan asalkan jelas identitinya. Tidak bersembunyi di sebalik nama-nama misteri, aneh dan menjadi orang-orangan.

Orang-orangan inilah yang muncul menjaja kebencian.Saya fikir inilah cabaran yang menggugat perpaduan dan persaudaraan.Elemen-elemen perbezaan yang sengaja diperbesar-besarkan menyebabkan rakyat di negeri ini berkecamuk dalam sengketa yang berpanjangan.

Kalaupun kita berbeza pandangan politik , kita tidak harus dipersempit oleh anutan ideologi politik kepartian. Sebaliknya kita haruslah kembali kepada nilai-nilai yang adil, yang benar, yang baik, yang jujur dan sebagainya kerana nilai-nilai inilah yang membolehkan kita hidup sejahtera, lebih murni, lebih mulia dan lebih indah.