Lebai PAS Munafik! Dasar manusia tak tahu bersyukur!

Semalam selepas balik dari terawih, aku singgah dekat kedai kopi Mak Teh. Dah lama tak melepak di sini. Rasanya sejak puasa inilah kali pertama aku singgah kat kedai Mak Teh. Selalunya lepas terwih terus balik rumah. Dah la, jalan dari rumah aku ke masjid tak lalu dekat kedai dia, dan lagi satu dekat rumah ada lagi makanan 'balance' berbuka tadi. Kalau aku tak makan, siapa lagi nak makan. Bini aku hanya makan masa berbuka sahaja.

Wah, kedai Mak teh malam ini meriah. Aku tak tahu pulak ramai selalu lepak kat kedai mak teh bulan puasa ni. Maklumlah aku bukannya lalu depan kedai dia bila balik terawih. Kedai mak teh penuh lampu lip lap lip lap. Mak Teh tuan punya warung ini bini Pak Leh Janggut. Anak dia sama dengan aku masa sekolah rendah dulu. Sekarang anak dia dah jadi ADO dekat pulau pinang.

Cantik kedai mak teh, aku menyapa mak teh masa dia nak ambil order. Dia kata nak dekat raya ni dia pasanglah lampu lip lap lip lap tu. Bagi berseri katanya. Aku macam biasa order kopi o ais satu dengan bihun goreng. Naik meliur aku teringat bihun goreng mak teh, sedap. Sedang aku mengelamun, Haji Rashid, orang kuat pas kampung aku sampai. Aku terus pelawa Haji Rashid duduk dekat meja aku. Kebetulan ada kerusi kosong sebelah aku. Haji Rashid ini semua orang tahu orang kuat PAS di kampung aku. Kakitangan kerajaan, kerja di Kuala Kangsar. Haji Rashid duduk aje sebelah aku. Mungkin tempat lain dah penuh kot.

Aku : Haji apa citer?

Haji Rashid (HR) : Tak ada apa. Aku ni orang kecik aje. Dulu masa Nizar memerintah, terasa juga 'besar'. hahahahah (gelak panjang dia)

Aku : Nape pulak Haji macam tu?

HR : Ialah dulu MB orang Pas, boleh lah aku eksyen sikit. Ramai la yang datang jumpa aku minta sokongan. Tak kira orang Pas ke orang Umno ke, deme semua datang lah minta tolong macam-macam. Ada nak mintak tolong dapatkan pinjaman Yayasan Perak lah, mintak duit zakatlah. Macam-macamlah. Sekarang deme dah tak jumpa aku, deme jumpa orang lain dah. hampeh aje.

Aku : Bagus juga macam tu Haji, bolehlah Haji tumpu kerja haji kat pekan kuala tu. Kan ke haji makan gaji ngan kerajaan. Nanti orang komplain pulak kakitangan kerajaan tak cekap, tak buat kerja. Yang tak buat kerja orang macam haji, yang busuk nama Dato Najib juga.

HR : Kau ni perli aku ke?

Aku : Bukan macam itu haji (sebanarnya memang perli pun). Ni Najib dah umumkan kakitangan sokongan dapat RM1000. Nak raya ni dapat dulu RM500.

HR : Ceh kalau takat bagi banyak tu baik tak payah. Dah la tak bagi sekali penuh, bagi dua kali pulak tu. RM500 itu boleh beli apa je. Apa lah kerajaan zalim ni buat cam ni. (meninggikan suara)

Aku : Jadi haji tak sokonglah.

HR : Aku mana pernah sokong kerajaan Umno. Kalau tak, takda lah aku jadi ahli Pas.

Aku : Betul pak haji tak sokong imbuhan RM1000 tu?

HR : Aku tak main-main la. Pernah ke aku sokong apa yang kerajaan umno tu buat. Tak pernah umno buat sesuatu untuk kebaikan rakyat. Kata nak bagi bonus, ni bagi imbuhan aje. Dah lah tu ciput pulak. (tambah bersemangan orang tua ni bercakap)

Aku : Kalau macam tu, bila duit tu masuk dalam akuan gaji haji, haji keluarkan dan bagi dekat saya. Sebab haji bukan ke tak sokong dan tak nak duit tu?

HR : Ehhhhh mana boleh. Tu duit aku la. Teh, mari kira berapa yang aku makan ni?

Terus je Haji Rashid angkat kaki. Dah terkena dengan aku lah tu. Macam tu je nak layan bodoh sombong orang pas ni. Dah dapat imbuhan bukannya tahu bersyukur, kutuk lagi adalah. Yang peliknya kutuk pasal kerajaan bagi imbuhan kepada kakitangan sokongan bagai nak rak tapi dalam masa yang sama ambik juga duit tu. Tak tahu bersyukur langsung puak pas ni. Aku cuma terkenang, nasib baik lah kerajaan Umno, dapat la jugak duit time nak sambut raya, kalau kerajaan Dap entah-entah dapat time nak sambut kongsipatchoy pulak.

0 comments:

Post a Comment