Belina Shop

PAS Menang Dengan Maruah Tercalar Di Manik Urai

KUALA KRAI – Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 Manek Urai akan kembali sepi dan masyarakat tempatan menjalankan aktiviti seharian seperti sebelum berlangsungnya pilihan raya kecil manakala jentera parti yang datang dari luar kembali beransur-ansur ke tempat masing-masing.

Tentunya, sesuatu yang baru dapat dipelajari daripada berlangsungnya pilihan raya tersebut sama ada di pati BN dan PAS termasuklah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga.
Apa yang pasti, biarpun BN tewas, namun masih ada kemenangannya apabila jumlah undi yang diperoleh bertambah dan bagi PAS pula, biarpun menang tetapi amat memalukan kerana kawasan yang kononnya dikatakan sebagai lubuk dan kawasan sendiri mendapat majoriti yang amat rendah iaitu hanya sekadar 65 undi sahaja.

Simboliknya, kemenangan calon PAS, Fauzi Abdullah mempunyai makna tersendiri yang memalukan walaupun majoriti pemilih yang keluar mengundi tinggi tetapi, ironinya jumlah undi yang diperoleh calon PAS itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Jelas tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh PAS biarpun mendapat sokongan padu dari rakan sekutu termasuklah PKR dan DAP tetapi apa yang pasti mesej jelas telah dimaklumkan oleh rakyat tempatan kepada PAS.

Jelas membuktikan bahawa masyarakat tempatan menolak permainan sandiwara berterusan PAS dan sekutunya yang hanya suka menabur fitnah, mencaci maki dan melakukan provokasi sepertimana yang berlaku sepanjang tempoh berkempen di kawasan tersebut.
Bukan itu saja, sikap negatif PAS turut sama dibawa pada hari pengundian hinggakan mencetuskan kekecohan di kawasan mengundi Sekolah Kebangsaan Peria lalu mengakibatkan kecederaan jentera BN lantaran tindakan ganas ibarat manusia tidak bertamadun.

Bukan itu sahaja, tindakan pembangkang yang suka mencaci maki turut sama dilakukan kepada pemimpin negara apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin turut sama dilempar kata-kata kesat ketika melakukan lawatan ke kawasan pengundian.
Begitu juga ketika pengumuman keputusan diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin, tidak seperti selalunya, para penyokong PAS di dalam Dewan muran ekoran tercalarnya maruah lantas tiada sorakan dan laungan takbir kedengaran.

Namun demikian, ada di kalangan pemimpin PAS yang masih gagal menerima kenyataan lantas seperti biasa menunding jari ke arah pihak lain apabila Husam Musa menuduh UMNO kononnya menggunakan wang sebagai mainan hingga menyebabkan majority PAS merosot.

Sesungguhnya, apa yang boleh disimpulkan hasil daripada pelbagai situasi di Manek Urai, jelas bahawa masyarakat setempat enggan melayan kerenah sumbang para pemimpin yang dangkal dalam pentadbiran dan lebih mementingkan populariti berbanding tugas dan amanah sebenar.

Terbukti juga bahawa rakyat gagal diperalatkan oleh pakatan campuran waima PAS menggunakan agama sebagai bahan politiknya dan sandiwaranya.

Justeru, mesej yang jelas rakyat tidak terpedaya dengan dakyah dan provokasi pakatan campuran.

Diterbitkan di UMNO Online

0 comments:

Post a Comment