Belina Shop

ISA: Tahan Penyangak GMI & Pakatan Rakyat

Kumpulan pro-ISA menggesa polis supaya menahan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh serta tiga pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, ekoran penganjuran demonstrasi besar anti-ISA Sabtu lalu.

Selain Syed Ibrahim dan Anwar, mereka juga menggesa polis menahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin popular DAP, Lim Kit Siang.

Gesaan itu dibuat oleh Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA.

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, keempat-empat individu itu patut ditahan di bawah ISA kerana mengamalkan "keganasan terancang" ketika menganjurkan perhimpunan mansuhkan akta itu kelmarin.

"Saya mendesak polis, kenapa polis kena takut (menahan)? Tugas polis menjaga orang awam seperti kami. Kami hendak berniaga, hendak jual jambu, buat burger, bawa teksi.
"Polis kena jaga kami, bukan memberi muka kepada Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam GMI. Tangkap mereka ini! (Ini) hak kami," kata Mohd Khairul Azam dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Semalaysia (Pekida) Selangor, Zainal Hashim hadir sama.

Mohd Khairul Azam berkata, kegagalan GMI mematuhi arahan polis supaya membatalkan perhimpunan anti-ISA, telah mengakibatkan kerosakan harta awam dan mengganggu kebebasan orang awam.

Sehubungan itu, beliau berkata, Magaran juga sedang mengumpulkan bukti kerugian peniaga dan orang awam bagi digunakan untuk menyaman GMI. Gabungan NGO Melayu itu meminta orang ramai dan peniaga yang mengalami kerugian, memaklumkan nilai kerugian mereka mereka melalui telefon (012-9770412) atau emel kepada demorugi@gmail.com

Mohd Khairul Azam yang mendakwa dirinya ahli PAS kawasan Sungai Ramal, Kajang turut mencabar Anwar berdebat berhubung kewajaran penggunaan ISA. Katanya, tidak semua ahli parti pembangkang bersetuju dengan pendirian pemimpin mereka supaya akta itu dimansuhkan.

2 comments:

Arif Omar said...

humban dalam isa aje mereka ni. ini semua pelacur politik

Sharps Shooters said...

pelacur murah pakatan .. wakakakaka!

Post a Comment