Belina Shop

ISA Tetap DiKekalkan

Hanya kaji…jangan mimpi kerajaan nak hapus ISA,kata Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang jaga portfolio undang undang Sabtu secara terbuka kata kerajaan tidak akan hapuskan ISA sebaliknya hanya kajian semula bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai ruang untuk penyalahgunaan kuasa.

"Saya nak beritahu kepada mereka, mereka mimpi di siang hari sahaja perkara ini, dan tidak akan berlaku penghapusan ISA ini," katanya pada wartawan selepas satu majlis di Papar Sabah ketika diminta mengulas demonstrasi anti ISA di Kuala Lumpur.

Nazri berkata pihak pembangkang hanya memutarbelitkan fakta dan mahu menghasut rakyat supaya tidak beri sokongan kepada kerajaan.

"Apatah lagi dalam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang jelas telus setelah melakukan beberapa tindakan, yang menyebabkan rakyat memberi sokongan kepada kita.

"Pembangkang ini hanya hidup dalam susasana yang kucar-kacir jadi keadaan yang baik mereka tidak menyukainya...bila stabil rakyat bagi sokongan kepada BN. Tapi kalau ada satu isu yang boleh membangkit dan mengelirukan rakyat menyebabkan rakyat boleh dihasut yang itu mereka suka," katanya.

"Saya seringkali menjawab bagi pihak kerajaan bahawa kita tidak akan menghapus melainkan untuk kaji semula bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai ruang untuk penyalahgunaan kuasa,”katanya.

Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO memberi contoh, antara perkara yang boleh dipertimbangkan adalah pengurangan tempoh ditahan dari 60 hari kepada 30 hari.

"Jadi saya ingin menyatakan di sini bahawa menghapuskan ISA itu bukan agenda Barisan Nasional," katanya.-1/8/2009 Agendadaily

0 comments:

Post a Comment