Belina Shop

Ada Pemimpin PAS Minta Ahli Menggangas Pertahan Manek Urai

Pas sukar untuk menjadi peneraju dalam pakatan pembangkang menyebabkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, perkembangan sekarang menyaksikan Pas hanya menjadi kuda tunggangan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun parti itu mempunyai pengaruh lebih besar berbanding kedua-dua rakan dalam pakatan itu.

Tambahnya, Pas sedar jika keadaan tersebut dibiarkan pemimpin dari parti itu tidak akan dilantik sebagai Perdana Menteri jika pakatan tersebut memenangi pilihan raya umum akan datang.

''Kedudukan Pas hanya boleh jadi nombor dua atau tiga dalam pakatan," katanya.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan menyatakan demikian kepada pemberita selepas menutup program Merakyatkan Seni Budaya dan Perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Meru di sini hari ini.

Namun katanya, UMNO dan Pas perlu meneruskan rundingan berhubung penubuhan kerajaan perpaduan kerana persamaan wujud antara kedua-dua parti.

"Saya sangat dukacita dengan provokasi pemimpin Pas Kelantan itu. Kita menyertai pilihan raya kecil bukan untuk bergaduh hingga sanggup melihat pertumpahan darah dan kehilangan nyawa, sebaliknya mahu berhujah dengan cara berhemah dan selepas itu biarlah pengundi membuat pilihan.

"Kita sesama Melayu beragama Islam tidak mahu berbalah, kita nak lihat perpaduan. Pas kata mereka parti Islam, sepatutnya beri contoh akhlak yang baik dan bukan mengeluarkan kenyataan bahaya seperti itu," katanya pada pelancaran jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) Manek Urai yang disempurnakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Sekolah Kebangsaan Peria, di sini, malam kelmarin.

Mustapa yang juga Pengarah Pilihan Raya BN DUN Manek Urai, yakin penduduk Manek Urai tidak akan terpengaruh dengan kenyataan itu dan akan menjaga tingkah laku sepanjang kempen pilihan raya kecil berkenaan.

"Saya yakin pengundi Manek Urai akan menolak sekeras-kerasnya pertumpahan darah. Saya percaya penduduk mahukan perpaduan dan tidak mahu perkara yang mencetuskan ketegangan kerana bergaduh, berbalah dan pertumpahan darah bukan cara kita.

"Saya percaya orang Pas dan pengundi atas pagar tidak mahu melihat pertumpahan darah pada pilihan raya kecil ini, walaupun berbeza ideologi politik tapi kita semua bersaudara... apa lagi sesama Islam," katanya.

Sehubungan itu, Mustapa mengingatkan ahli Umno dan petugas BN berkempen secara berhemah dan tidak melakukan sebarang provokasi terhadap parti lawan kerana ia akan hanya mencetuskan insiden tidak diingini.

Beliau turut menjangka Pas akan menggunakan taktik lama dalam usaha menarik sokongan dengan memburukkan Umno serta melemparkan fitnah termasuk menuduh Umno parti yang menolak Islam.
"Saya yakin rakyat Manek Urai akan tetap akidah dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan dakyah yang sanggup melakukan apa saja demi mencapai kepentingan politik mereka," katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata, Umno menyertai pilihan raya kecil bukan untuk menabur fitnah, mencetuskan pergaduhan dan perpecahan di kalangan rakyat, sebaliknya mahu membawa pembangunan serta kemakmuran kepada rakyat

0 comments:

Post a Comment