Belina Shop

PAS Tidak Ubah Seperti Mat Jenin


SHAH ALAM 4 Jun - Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Md. Isa berkata, parti itu akan melaksanakan beberapa pendekatan sebagai 'kejutan' apabila bertanding dalam pilihan raya di Sarawak tidak lama lagi.

Tanpa mendedahkan apa pendekatan tersebut, beliau berkata, langkah itu merupakan antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi parti tersebut, baru-baru ini.

''Masuk pilihan raya di Sarawak bukan perkara baru bagi Pas, kita dah bertanding beberapa kali di negeri itu antaranya ialah di Batang Sadong.

''Kita ada berapa pendekatan untuk dilaksanakan, tapi saya tidak mahu sebut sekarang, kita akan 'uji' di Sarawak bila ada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) Ke-49 di sini hari ini.

Tambah Nasharuddin, tujuan Pas merangka pendekatan berkenaan adalah bagi mengukuhkan kedudukan parti itu di Sarawak dan ia dilaksanakan berikutan perkembangan politik semasa ketika ini terutamanya kemenangan pembangkang di tiga negeri termasuklah di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.


''Kita akan kumpulkan tenaga melibatkan kepimpinan ulama, Pemuda dan Muslimat Pas untuk kuatkan parti ini di Sarawak. Kita tahu bukan mudah, tapi kita akan cuba kerana prinsip kita jika bertanding adalah untuk mencapai kemenangan," jelas beliau.

sumber Utusan Malaysia

nota kaki - pas owh pas.. bermimpikah kamu ingin masuk ke negeri sarawak yang sememangnya menolak kepimpinan kamu yang selama ini hanya memperjuang bangsa kamu sendiri tetapi tidak memperjuangkan bangsa bumiputera yang sedia ada di Sarawak? jangan bermimpi di siang hari. Pas takkan berjaya menguasai Sarawak. Lihat saja gambar di atas, apakah ini yang PAS akan ajarkan kepada rakyat Sarawak?! Rakyat Sarawak Menolak PAS 100% sebab PAS BUKAN UNTUK SEMUA! PAS HANYA PERJUANGKAN MATLAMAT MEREKA SENDIRI!

0 comments:

Post a Comment